
Akhirnya
Kuala Lumpur International Motor Show (
KLIMS) 2010 pun menjelma. Sebenarnya kalau yang selalu layan
KLIMS nie sudah 4 tahun menanti kehadirannya. Yonz pun salah seorang yang mengikuti
KLIMS nie dari
2003 lagi.
KLIMS yang selalunya dibuat dekat
PWTC setiap
3 tahun sekali...
2003 ke
2006 dan sepatutnya
2009 (tahun lepas), tapi disebabkan kegawatan ekonomi (dibaca: tak cukup badjet) maka ia ditunda ke tahun
2010 kini. Dan kalau anda terlepas tarikh
3hb hingga
12hb Disember 2010 ini maka anda kena tunggu
KLIMS lagi
3 tahun... huhuhu.

Banyak sebenarnya yang agak keliru antara '
motorshow' dengan '
autoshow'... Bila datang jer
KLIMS nie, mereka bertanya mana kereta yg '
bikin' punya.
KLIMS nie banyak mempamerkan teknologi permotoran dan jentera, bukannya mendorong kepada ubahsuai yang
extreme. Di
KLIMS anda akan dapat tengok kenderaan keluaran terkini, malahan ada juga kenderaan konsep yang dipamerkan. Pendek kata semua berkait rapat dengan teknologi permotoran dan jentera.
KLIMS10 ini terdapat sedikit kelainan bagi Yonz sendiri kerana kali ini penganjur
KLIMS mempersembahkan 2 perkara menarik. Menurut info dari
KLIMS10, ia akan mempersembahkan replika
Transformers Bumblebee seperti dalam movie dan juga watak
Batman beserta
Batmobile dalam filem popular '
Dark Knight'. Maka dengan 2 tarikan baru ini makin ramai la orang pergi ke
KLIMS di
PWTC nie. Jangan lupa kamera anda ye... mana la tahu dapat bergambar dengan
Batman ke... hehehe.


Kuala Lumpur International Motor Show 2010 (KLIMS10)
Tarikh : 3hb hingga 12hb Disember 2010
Masa : 10am hingga 10pm
Tempat : PWTC
Tiket : Dewasa RM15 (Weekdays) / RM20 (Weekends)
Kanak-Kanak RM5
Inginkan info lanjut... Klik website
KLIMS10
No comments:
Post a Comment